Dari Borneo ke Jeli? Macam mana dari Sarawak nak ke Jeli? Kenderaan?

 Posting ni lebih kepada kenderaan awam tapi ada juga masukkan mcm kereta sewa. Mahu minta nombor driver ka atau sesiapa memang tiada pada saya,ya. Ini Kisah lamalah (hehehe) cuma tak lebih 2 tahun.heh..   
Perkongsian ini khas buat para pelajar khususnya dari Borneo untuk ke tempat ni (Jeli). Aku masih ingat lagi, otak blur sebab tak tahu macam mana nak ke Jeli masa mula-mula dapat UPU. Pergi Google pasal cara nak pergi Jeli pun memeningkan. Tak ada jadual bas pun secara online. Mak pula mahu ja teman aku sampai ke universiti dekat Jeli. Hampir pasrah mahu biar mereka MPP saja tolong urus saya ke Jeli. Masatu haru-biru dibuatnya. Dengan handphone pun rosak sejak Tingkatan 6 lagi sampai keputusan UPU tu keluar hingga ke masalah kewangan nak pergi ke Universiti yang terletak di tempat yang betul-betul baru. Boleh dikatakan ramai sahaja pelajar Borneo rata-ratanya dari Sarawaklah yang sanggup tolak tawaran (realiti check) atas sebab kewangan dan keberadaannya yang jauh. Tapi rezeki tertulis untuk mak aku dapat hantar aku ke Jeli.Jujur kata, tidak juga banyak pelajar dari Sarawak masa kat uni. Huhuhu.. Anyway masuk kepada topik :
Simple jer kalau nak ke Jeli :

Cara 1: Bagi pelajar di Kuching boleh jer tempah flight ke Kota Bahru. Kalau pelajar transit nak murah, boleh transit ke KL, Kuching mahal sikit untuk kita transit (huhu), kalau nak mcm aku, perlu minta restu nenek,bolehlah. Dah tu naik bas ke Jeli. Bagitahu ya dekat pemandu Maxim atau Grab nak naik bas ke Jeli. Mereka memang tahu nak bawa kamu ke stesen mana. Terserah dengan mana kamu nak pergi contohnya, nak ke UMK Jeli bagitahu nak ke UMK Jeli, ke Politeknik Jeli, bagitahu nak ke Poli Jeli. Boleh saja cakap dengan Abe Bas tu masa nak bayar tiket. Kebiasaannya bas ada setiap jam. So pandai-pandailah adjust masatu. Paling lewat seingat saya adalah jam 5 petang. Awal dalam jam 8 pagi seingat saya. (Biasanya kami rilek jer pergi tak kira jam pun yang tahu gerak dalam jam 11-12 sampai dalam jam 5 petang sebab transit ke Tanah Merah. Sana makan2 lah dulu sambbil check bas. Mesti mahu check destinasi bas yang singgah tu ke mana..tertulis dekat depan cermin bas tu)

Cara ke-2 : Dari Airport Kota Bahru ke Jeli menggunakan Grab atau Teksi
Pakai GRAB ke Jeli??! Iya, boleh sajalah. Ada juga cuma mahal lah juga.  Kalau Bas dalam RM 11 sorg.kalau mahu juga tapi Grab $$$ (memang dalam 3 digit juga tu, ikut orang juga, ada juga kena 2 digit)..tapi ikut nasib rate jugalah masatu. Boleh saja tanya kat mereka kos ke Jeli tu. Maxim tak pasti pula. Biasa kalau kami pusing sekeliling Kota Bahru ni mmg Maximlah jawabnya. Ke Jeli? Tak pastilah. Yang confirm memang Grab sajalah setakat ni
Kalau pemandu persendirian aka mcm Grablah..boleh saja cari dekat FB tu semua. Biasa FBlah.. sana banyak jumpa lebih $$$ lah juga.

Cara ke-3 : Kalau dah tahap keberanian melampau tu..ofkos sewa kereta dari Kota Bahru.
Ada ja bapa atau abang tu memang adventurous. Aku ada kawan dari Sabah, rilek je si bapa minta nak sewa kereta dari mereka MPP. Sampai jugalah ke Jeli. Lagipun jalan sana oklah kalau nak dibandingkan Sarawak (huhu). Waze boleh masuklah juga tapi setakat sampai ke Tanah Merahlah. Kalau ke Jeli tak pasti.. so far masa ikut pandu dengan kawan memang sampai Tanah Merah sajalah itu Waze. Kalau berani pandai-pandailah nak cari jalan tu. Jangan sesat kat Thailand dah.. Hahahaha..

Cara ke-4 :Ni untuk orang yang sanggup berjimat bagi pelajar Sarawak yang transitlah ya. Transit ke KL dari TBS ke Jeli. Macam naik bas tu jugalah bagitahu ja nak ke Jeli. Settle. Aku pernah naik bas dari TBS ke Jeli. Lamalah juga. Mau 8-9 jam juga. Tapi prasarana memang tip-top. Cuma kalau orang tua ada masalah cepat cramp tu kurang digalakkanlah. Kesian dekat mak bapa tu. Kalau kamu sendiri ka, orang muda tolong hantar ka, takpa gak. Nak juga cara ni. Terserahlah. Tak susah pun. Murah pun murah..

Cara ke-5 : pakai train..aku tak pernah lagi naik train ni. Tapi ikut kawan dari KL ke Tanah Merah saja ada. Jadi dari Tanah Merah tu bolehlah naik bas atau grab. Kawan cakap lebih selesa cuma kurang tempat nak simpan. Kalau baik sem ke apa boleh sahaja guna sebab ada tempat tidur. Nak tanya lebih lanjut, x dapatlah nak jawab ya..huhu..teringin tpi x pernah rasa. Ada cakap lebih lama dari bas cuma ada tolong bangunkan kalau sampai ke destinasi.

Goodluck di tempat baru.. Best tau Jelifornia ni.
kalau pasal ke Bachok tu aku tak tahu-menahulah. Maaf. Cuma kawan cakap Bachok tak jauh manapun dari Kota Bahru berbanding Jeli. Hehe. Kalau ada kesilapan maklumat boleh bagitahu, baik-baik. Kot-kot tersilap ke atau aku mungkin tanpa sedar jadi mangsa scam ke. Jangan nak kecam pula.haaa.. sebab semua ni memang berasaskan pengalaman aku. Segala kos boleh berubah mengikut masa memandangkan semua anggaran kos adalah berasaskan masa berbeza dengan pembaca blog ni dan segala kejadian berasaskan hari atau waktu yang lampau.

P/S : Ini khas untuk ibubapa yang mcm mak aku, teringin nak hantar anak sampai ke universiti tu. Ada jer mereka MPP offer nak ambil ke kampus Jeli tu. Macam aku, aku pertama dalam adik-beradik masuk universiti lagi-lagi jauh dari Sarawak. So,macam excitedlah mak aku ni. Mak aku pun memang berhasrat nak merasa pergi tempat jauh dari Sarawak. First time dia merasa, syukur kepada Tuhan tercapai hasrat.


No comments:

Post a Comment

Friendly talk?